RSS
Selamat Datang diucapkan! salam ukhuwah, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya

Tuesday, February 22, 2011

⊹ Hargailah ⊹

::. Ini sekadar perkongsian buat semua .::


Ketahuilah teman temanku, bahawa orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan mengapa dia mencintai kamu. Dihati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

Kadang kala dia tidak peduli walaupun kamu sudah pun memiliki teman istimewa atau kekasih. Yang penting baginya adalah kamu sentiasa gembira dan bahagia dan kamu akan tetap menjadi impiannya.

Terdapat beberapa ciri-ciri orang yang sedang dilamun cinta! iaitu :

  • Menerima kamu seadanya. Di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasakan bahawa kamu tidak lah cantik seperti wanita wanita di luar sana.
  • Selalu ingin mengetahui apa sahaja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dan apakah kegiatan kamu pada hari tersebut.
  • Si dia akan mengirimkan sms seperti 'Selamat Pagi', 'Selamat Tidur', 'Take Care', dan lain-lain lagi. Walaupun kamu tidak membalas sms nya, dia akan tetap tersenyum kerana dengan kiriman sms itulah dia menyatakan cinta dan rindunya kepada kamu. Dengan menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu” atau " aku RINDU padamu, tapi berselindung ayat selain kata cinta dan rindu itu.
  • Selalu mengingati setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan pada saat itu, matanya pasti berkaca. Kerana saat bersamamu itu tidak mungkin akan berulang.
  • Selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa bahawa kamu pernah mengungkapkannya.
  • Si dia juga akan cuba cari apakah kesukaan/ kegemaran kamu. Dari segi warna, makanan, minuman, muzik atau macam macam lagilah.
  • Pada kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu. Kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  • Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  • Memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  • Dia juga akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  • Selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  • Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati’?
  • Si dia akan bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  • Kadang kala akan melakukan hal-hal yang diluar jangkaan seperti menelefon kamu berkali kali dalam masa sehari atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  • Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  • Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi harta yang berharga buatnya.
  • Jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  • Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan kepada dia, dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
  • Dia juga tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan atas keputusan yang dibuat, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Disaat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.



⊹ Doa Perpisahan ⊹

Semalam sebelum pulang ke rumah, Tuan Zamri Mohamad ada buat sedikit jamuan khas buat karyawan karyawan ( staff  ) Akademi Penulis yang akan berhijrah ke tempat lain.

Sebelum makan, Tuan Fauzul Na'im (Majikan), Puan Nurulhilyati, dan Tuan Zamri Mohamad menyampaikan amanat terakhir kepada mereka yang akan pergi meninggalkan Akademi!

Walaupun aku masih lagi akan bersama dengan Akademi tetapi apa yang disampaikan oleh Tuan Fauzul juga aku semat dalam ingatan ini. Suatu hari nanti aku juga akan terpaksa meninggalkan Akademi atas sebab sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Apa yang aku harapkan semoga hubungan kekeluargaan ini akan terus terjalin walaupun kita tidak akan mungkin bersama lagi.

Huh! Nasib pada masa itu tidak ada lagu latar, nak tahu lagu apa? hmm, lagu Doa Perpisahan. Kalaulah dialunkan masa itu, pasti akan ada salah seorang daripada mereka akan menitiskan air mata.

Titisnya air mata pertama kerana kegembiran. Gembira kerana mempunyai majikan yang dianggap seperti keluarga sendiri. Manakala air mata kedua pula adalah kerana kesedihan. Sedih disebabkan terpaksa berpisah kerana sudah membuat keputusan untuk berhijrah. Berhijrah dari satu tempat ke satu tempat atas sebab sebab tertentu.

Selesai sahaja mereka mereka yang mahu berhijrah memberi ucapan, saat yang dinantikan sudah pun tiba. Apa lagi, jom makan! ^^,











Alhamdulillah, kenyang sangat sangat ^^, terima kasih kepada penaja pada tersebut ( Tuan Zamri Mohamad ).

Monday, February 21, 2011

⊹ Mega Seminar Jana Wang dengan Menulis ⊹

Assalamualaikum semua,

Baru-baru ini aku agak sibuk sedikit membuat persediaan bagi progam Mega Seminar Jana Wang dengan Menulis.

Alhamdulillah, program tersebut sudah selamat dilaksanakan pada 19 Februari 2011.

Tahniah buat semua sahabat yang bertungkus lumus bagi menjayakan program tersebut.





Terima kasih buat semua staff FN Education Group kerana banyak membantu saya serta sama sama tolong menolong di dalam membuat persiapan bagi Mega Seminar Jana Wang dengan Menulis.

Lega rasanya apabila melihat wajah-wajah ceria para peserta yang hadir pada program tersebut.

Di sini saya kepilkan beberapa keping foto buat tatapan semua. Foto dari meja pendaftaran hinggalah ke ahkir program










Ahli panel ^^,


Tuan Ikram Wazir ( Pengerusi Majlis )

Tuan Fauzul Naim Ishak yang memperkenalkan ciri-ciri penulis bestseller
dengan kaedah Re-Code Penulis Super

Tuan Fauzul mendedahkan buat pertama kali bagaimana para penulis menduduki tangga jualan tertinggi berdasarkan rahsia kerja mereka. Corak dan budaya kerja mereka yang selama ini dianggap rahsia dan misteri dibongkarkan dan mengejutkan para peserta. Malah ia dilihat praktikal dan dapat dilakukan meskipun baru pertama kali dalam dunia penulisan. Ia bersesuaian dengan formula merancang kejayaan buku


Tuan Zamri Mohamad pula membentangkan mengenai
cara menjana idea dan kreativiti penulisan
Penulis prolifik yang menghasilkan 21 buah, Tuan Zamri Mohamad pula membentangkan mengenai cara menjana idea dan kreativiti penulisan. Antara yang disampaikan dan kesimpulan daripada program yang mendapat sambutan luar biasa ini ialah:
  • Seni membina hubungan dengan penulis baru. Menggunakan seni kad dan hubung.
  • Teknik menentukan sama ada berbaloi menulis buku berdasarkan judul yang dipilih atau tidak.
  • Berdasarkan kaedah kreativiti penyelesaian masalah.
  • Memilih pendorong yang dapat memberi booster kepada penghasilan karya seperti mana pendorong Stephen King, Christopher Paulini, Dan Brown, Dr Jeniri Amir dan Dr Zubaidi.
  • Teknik merekodkan idea secara cepat dan dimasukkan dalam bank idea.
  • Teknik bekerja secara pengarang bersama berdasarkan projek buku.
  • Pengurusan masa berdasarkan jenis buku yang ditulis. Didedahkan bagaimana ada buku setebal 300 halaman siap ditulis dalam tempoh sepuluh hari.
Puan Ain Maisarah 
Tuan Syaizul Amal (Pengurus Puan Ain Maisarah)

Dalam sesi yang ditunggu-tunggu ramai, novelis nombor satu Malaysia, Puan Ain Maisarah bersama Tuan Syaizul Amal menekankan pentingnya penguasaan ‘rancangan perniagaan’ bagi membina kerjaya penulisan. Mereka juga mengetengahkan bagaimana menggerakkan pelan lima tahun bagi menjana pendapatan RM 1 juta melalui penulisan.



Seramai 120 penulis diberi pendedahan dan laporan terkini perkembangan  dunia buku tempatan. Inilah kali pertama Akademi Penulis menghimpunkan para penulis seluruh negara di satu tempat di

Mega Seminar Jana Wang dengan Menulis




Program akan datang anjuran Akademi Penulis dan FN Education Group adalah seperti berikut:

Monday, February 14, 2011

.:: Kerja! ::.



Assalamualaikum....
Selamat pagi semua!

Dalam beberapa harini aku agak sibuk sedikit.
Tiada ruang untuk aku post entri yang baru.

Minggu lepas aku bersama-sama dengan rakan sekerja membuat edaran pamplet diluar
Selama tiga hari berturut-turut bermula pada hari rabu (09/02/2011).





Mesti hairankan kenapa tak mula buat edaran pada hari isnin. Isnin kami semua cuti. Cuti ganti bagi hari wilayah. Pada hari wilayah kami semua bekerja dan cuti ditunda pada hari isnin (07/02/2011). Pada hari selasa pula aku bersama dengan bos ada meeting dengan Dato’ Sri Yusoff Harun di pejabat MARA.


Pada hari berikutnya barulah kami membuat edaran selama tiga hari di sekitar kawasan sentul, bangi, dan putrajaya.

Selesai sahaja membuat edaran kami terus pulang ke pejabat kerana masih kerja yang masih belum disiapkan. Selesai sahaja kerja tersebut baru aku pulang kerumah.

Lega sangat apabila sampai sahaja dirumah. Dapat hilangkan penat , berpeluh-peluh jugalah badan ni. Mana tak nya, seharian membuat edaran pamphlet. Berjalan ke hulu-hilir.

*Bahagian depan


*Bahagian belakang


Alhamdulillah, pamphlet tersebut akhirnya habis juga diedar..  ^^,

Friday, February 4, 2011

.::Seharian bersama keluargaku! ::.


Assalamualaikum semua..

Korunk sihat ke? harap-harap semua sihat la ye, maklum lah sekarang musim orang demam. Jadi, untuk elakkan diri kita daripada dijangkiti virus-virus ni,, korunk kene la jaga kesihatan ye!

Harini pada jam 10pagi aku dan keluarga bertolak ke temerloh untuk


menziarahi kakak ipar aku yang baru sahaja melahirkan anak pada bulan 1 baru-baru ini.

Sebelum itu, kami singgah di Giant untu
k beli buah tangan buat mereka.

Kali ini anak buah aku lelaki. nama diberi Muhammad Fahim Zakwan bin Muhammad Firdaus atau nama panggilannya pa'im.

Agak jauh juga lah perjalanan kami harini kerana mengambil masa untuk sampai dalam lingkungan 3 jam lebih.



Mesti korunk hairankan kenapa lambat sampai.Padahal kuantan ke temrloh hanya mengambil masa dalam 2jam sahaja.

Al-makumlah, harini hari jumaat.
Jadi kami berhenti seketika di masjid tepi jalan bagi menunaikan solat jumaat.

Aku tak lah solat jumaat sekali, cuma abang aku je.

Kami memilih untuk menunggu abang aku selesai solat di dalam kereta. Masing-masing tidak mahu keluar.


Sementara menunggu, aku dan adik bongsu aku mengeluarkan kuaci yang dibeli di Giant tadi. Apa lagi, masing-masing makan kuaci termasuk anak buahku yang kecil. Pantang sahaja nampak orang makan, pasti dia mahu juga. Geli hati kami melihat telatahnya.

* suka kumpul kulit kuaci ^_^


* ini pula biji kuaci yang telah diproses.. hihihi

Seusai abang aku solat, kami meneruskan perjalanan asal kami iaitu menuju ke kampung kakak iparku di Sg. Nerek, Temerloh.

Akhirnya sampai juga kami. Setibanya aku di rumah, aku terus menuju ke katil dimana anak buahku tidur. Apa lagi, sudah menjadi kebiasaanku.. aku akan kacau sampai dia bangun. Tapi, tidaklah sampai dia menangis.

Kejamkan dapat mak saudara macam aku nie.

Bangun jer pa'im dari tidur, terus merengek meminta susu. Aku suka tengok rambut dia. cantik, lurus dan tersusun rapi. Tak perulah ibunya susah payah sikat rambutnya.

Kali ini aku baru perasan sesuatu padanya. hah! rambutnya warna perang. Kata emakku "biasalah, baby baru lahir, nak hitam gunalah minyak keling," tergelak-gelak kami dibuatnya.

Agaknya kami semua ni di sapu minyak keling kot masa kecil, sebab itulah rambut kami semua lebat-lebat dan hitam pekat.
* Andaian sahaja, dengar dan baca boleh, percaya jangan sesekali ^^,


Hari sudah petang, kami pon beransur pulang. Dalam perjalanan pulang, mata aku mengantuk sangat-sangat.. kepala pula terasa agak pening. mungkin masuk angin. Aku hanya menjamah sedikit sahaja nasi lemak pagi tadi.

Disebabkan kepala terlalu pening, aku buat keputusan untuk tidur. Lama juga aku tidur, sampai di bandar kuantan baru aku sedar.

Setibanya di kuantan, abang aku mengajak kami ke shopping complex East Cost Mall [ECM] untuk membeli hadiah kahwin sahabatnya.

Selesai sahaja membeli, kami singgah di Restoran Taj. Aku hanya minum,tidak berselera untuk makan.
Manakala anak buahku pula berselera sekali makan ayam peha. Seronok melihat telatah serta mimik mukanya.

* Dalam hati terdetik juga, alangkah seronoknya ada anak sendiri.. Tapi aku masih muda, dan banyak perkara perlu aku pelajari dan selesaikan. Tambahan pula, aku masih belum mempunyai calon ^^, dan belum bersedia lagi untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri serta ibu +_+



Thursday, February 3, 2011

.:: balik kampung ::.

Selamat pagi semua!!

Wahh, indah sungguh pagi ini.. mana tidak nya, kalau sebelum ini di KL aku bangun sahaja dari tidur yang aku nampak hanya dinding, kipas dan syiling!

Suasana yang sangat-sangat tidak bagus untuk kesihatan kerana di tempat yang aku tinggal tidak mempunyai tingkap. Umpama kotak.! Tapi bersyukur sangat-sangat dengan apa yang aku ada sekarang.

Jika tidak ada bilik tersebut, mana lah aku mahu tinggal. Sepanjang hidup aku, ini kali pertama aku menjejak bumi Kuala Lumpur seorang diri. Agak kekok dan susah juga pada permulaannya apatah lagi aku pula seorang perempuan. Sangat-sangat bahaya apabila berseorangan.

Baiklah, kita sambung dengan cerita saya ketika berada di rumah semalam.

Petang semalam saya bersama-sama dengan abang kedua aku pergi ke pasar tani, seumur hidup aku selama 20 tahun ini pertama kali aku menjejakkan kaki di pasar tani.

Wah, ramai sangat-sangat orang. setahu aku pasar tani hanya menjual barang-barang basah seperti sayur, ikan, daging. tetapi tak sangka pula pasar tani sekarang jual macam-macam barang.

Disini aku kepilkan beberapa keping gambar yang di ambil semasa berada di pasar tani semalam buat tatapan semua =)


* sebelum beli, si kecil merasa dulu ^^,

* beli daging untuk buat BBQ malam ini, sebab abah saya mahu makan ^^,




* nak pilih kucing yang mana satu ye...hmm




selesai sahaja membeli barang,
kami pulang terus ke rumah.

Daging lembu yang kami beli di pasar tani sebentar tadi,

aku minta emak buatkan bbq.

aku dan adik beradik sangat sukakan daging bbq yang emak buat. Bagi aku pula, berbanding dengan daging ayam.. aku lebih suka makan daging lembu.

Pada malam tu, aku dan keluarga memang buat kendurilah. Dengan daging bbq, pizza, kek secret recipe, otak-otak (dari melaka), buah kundang, keropok, dan macam macam lagi lah..
Wah, banyakkan makanan..

Alhamdulillah, saya rasa bersyukur sangat-sangat kerana masih dapa merasa nikmat, rezeki yang dikurniakanNya sehingga kini. ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...