RSS
Selamat Datang diucapkan! salam ukhuwah, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya

Monday, May 30, 2011

ATTENTION : berpindah rumah!!

Assalamualaikum buat sahabat sekalian,

Disini aku ingin memaklumkan bahawa aku sudah berpindah dari rumah ini kandid kehidupan  ke rumah baru iaitu  dear diaries ieQa

-->SEKIAN, TERIMA KASIH<--

Friday, May 27, 2011

Musang VS Anak Ayam yang Comel (Episod 1)

Kisah ini bermula ketika mereka (Hidayah, Kak Suhana dan Kak Salasiah) selesai sahaja makan.

Agak rancak diorang nie berborak. Nak tahu apa isu nya.

hihihi.. diaorang sibuk bercerita musang yang sesat di tengah kota KL nih..ekekeke..
tengah kota lah sangat. Memandai je aku ni menambah cerita.

Petang sebelum pulang ke rumah aku dan hidayah terdengar sesuatu diatas bumbung pejabat.
Hidayah : iqa, ko agak agak menda apa tu?
aku     : dengan selamba cakap 'burung kot.
hidayah : taklah..tikus
aku     : erkkk??? =.=
hidayah : betul..kenapa ko ingat tikus tak naik atas bumbung ke.
aku     : ......... 'aku diamkan diri'

okay sambung pasal perbualan antara dengan dayah , kak salasiah , kak suhana.

p/s : mesti pelik kenapa nama aku tak ada..he he he.. aku diam je. Sibuk melayan SMS dari buah hati c(=

Ahaaaksss!! buah hati lah sangat. Okay balik pada cerita..

secara ringkasnya hidayah memberitahu kepada akak berdua tentang tikus atas bumbung pejabat petang itu selepas itu kak salasiah bersuara dengan menyatakan bahawa sebenarnya yang berada diatas bumbung adalah musang.

Terkejut jap..biar betul.

Hidayah tidak percaya. Apa lagi sesi perbahasan pun berlangsung ;p
bla..bla..bla..blaa....

Kak suhana membuka cerita bahawa dulu mereka pernah bela seekor musang.
tapi sekarang sudah tiada. Kak suhana beritahu susah mahu jaga yelah..siang musang tu tidur, malam apa lagi aktif lah binatang tuh. sampaikan mereka pernah kena cakar kot dengan musang tuh. ish..ish..ish...

Kak salasiah menyamakan musang tu dengan Hidayah. Nak tahu kenapa??

hihihihiihihi.. ini adalah kerana pada waktu malam dia sangat aktif. Pada pagi takpun petang..Masya Allah..mengantuk aje...

p/s : dayah, kalau ko baca nih..jangan marah-marah ya..mintak ampun! huhu

Apalagi aku mulalah mengejek dia dengan panggian 'Musang'. Hidayah sangat benggang dengan aku..lalu mengejek aku dengan panggilan 'Ayam'

siap nyanyi nyanyi lagi..kuang asam boi betul..huhuhu...

Nak tahu kenapa Hidayah berikan gelaran 'Ayam' kepadaku?

Kisah itu akan disambung pada entri akan datang.

Jeng..jeng...jeng... (^__^)v

Musang VS Anak Ayam yang Comel ( Intro)

okay di sini saya sertakan ciri ciri musang dan anak ayam.

musang : alah sejenis mamalia jenis karnivor yang hidup di darat, sebahagian besarnya dari famili Viverridae. Ia sejenis binatang yang liar tetapi tidak buas, sangat licik dan pengecut. Rupanya seperti kucing tetapi tubuhnya besar sedikit dan bertindak aktif pada waktu malam. Musang adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.






anak ayam : eh..kalau korunk tak tahu apa itu ayam..susah lah..yang selama ini korunk duk makan ayam tu apa cerita??hehehehe korunk sendiri pikir lah yer..

mesti korunk pelikkan kenapa tiba sahaja aku mahu naikkan entri ini.

Entri ini ilham atas persahabatan aku dengan sorang kawan aku ni..Norhidayah. Aku panggil dia dayah je.

Sunday, May 15, 2011

❤ ღ aku dan dia ღ ❤

Adakah berbaloi kita merindui seseorang itu?

Adakah berbaloi kita korbankan segalanya kepada seseorang itu?

Aku Terdiam seketika...

Hari demi hari hati aku selalu memikirkan dirinya. Semakin hari, semakin rindu.
Banyak perkara aku fikirkan tentang aku dan dia. Memikirkan sesuatu yang tidak mungkin akan berlaku. Kisah aku dan dia terlalu rumit untuk dibicarakan. Aku sendiri juga bingung memikirkannya.

Walaubagaimanapun aku cukpup gembira apabila dia berada disisi aku. Rasa syukur kepada-Nya atas kebahagian yang diberikan kepadaku. Sesungguhnya tidak pernah aku rasa bahagia seperti ini.

Dia selalu ada disisi ketika aku sedang gelisah, muram atau pun ketika aku sedang menghadapi masalah. Memberikan aku senyuman yang sangat bermakna tidak kira masa walaupun kita aku dan dia sedang bermasalah.

Terima kasih temanku. Aku hargai segala perngorbanan dan jasa baik mu. Selain keluargaku, engkau merupakan sahabat yang sangat dekat dengan aku.

Andai kita tidak ada jodoh yang panjang, aku akur dan rela atas pemergian mu walaupun ianya amat perit sekali. 

Semoga kita sama sama tabah menghadapi segala dugaan dan cubaan dalam hidup.

Aku akan tetap berada disampingmu. Berusaha membantu ketika mana kamu menghadapi masalah serta memberikan keceriaan dalam hidup. Insya Allah..

Aku ni bukan jiwang orangnyer tetapi entahlah.. ini semua sekadar luahan kisah hidup ku.
Aku kongsikan kepada semua apa yang aku rasa, apa yang aku alami, apa yang aku hadapi.

Disini aku sertakan sebuah lagu..khas buatnya. Andai kamu tidak suka akan lagu ini tidak mengapa.

Klik untuk mendengar. Untuk mendengar lagu di bawah ini dengan jelas. Korunk perlu klik button stop pada lagu blog aku @✿ Halwa Telinga ✿ dah klik stop kat situ baru klik play lagu kat bawah ini.




Friday, May 13, 2011

♫ ♬ ♪ ♩ ♪ Bufday Girl ♫ ♬ ♪ ♩ ♪

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh,

Selamat hari lahir aku ucapkan kepada kawan serumah ku iaitu Kak Salasiah Salahuddin yang ke-24 tahun pada 12 Mei.
Aku dan sahabat baik ku (Norhidayah) bercadang mahu membuat kejutan kepada beliau. Kami tidak pula terfikir mahu berikan hadiah.

Kami bercadang mahu belikan kek sebagai ganti hadiah. tambahan kepada itu aku masak something yang istimewa buat kak Salasiah.


*¨*•♫♪ ░H░A░P░P░Y░ (¯''•.¸* ♥ ♥ ♥ * ¸.•''¯) ░B░I░R░T░H░D░A░Y♪♫•*¨*
•.¸¸~" ♥ ♥ ♥ "~¸¸.•*¨*¸.•*¨`* •♫♪ happy birthday to you~* *~Happy Birthday ♪♫•*¨*
•.¸¸ ♥ ♥ ♥ ¸¸.•*¨*•♫♪ Happy Birthday ♪♫•*¨*•.¸¸ ♥ ♥ ♥ ¸¸.•
*¨*•♫♪ Happy Birthday to you ♪♫•*¨*
•.¸¸ ♥ ♥ ♥ ¸¸.•*¨*•♫♪ Happy Birthday KAK! ♥ ♥ ♥♪♫•*¨*•.¸¸ ♥ ♥ ♥ ¸¸.• 

Ucapan saya
 
Sanah Helwah buat Kak Salasiah, saya berdoa semoga akak dikurniakan kesihatan, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan mendapat keberkatan hidup.Amin..



kek ini ada 4 layer..
Aku kalau kek ni sangat sangat suke. Tapi aku lebih suka kek coklat moist, butterscotch  dengan cheese.

Aku tidak tahu mahu masak apa. Bingung juga dibuat nya.  Mana tak nya aku ni tidak lah pandai sangat memasak. Dirumah pon aku tidak pernah masak. Aku hanya masak semasa arwah abahku sakit, masa itu ibuku tiada.

Asalnya aku mahu masak tofu ala cina, daging masak paprik dan ayam goreng kunyit.

Last last lain yang dimasak nya. Hope korunk tak sakit perut lah ye bila makan.

hihi.. tadaaaaa...


nampak tak menyelerakan..tapi rasa..Insya Allah..tak ada lagi yang mengadu sakit perut..hehehe

✿ Wanita Melayu Terakhir ✿

Apa pandangan korunk semua tentang gadis ayu ni??

Apakah perbezaan gadis ayu dengan gadis gedik??

atau adakah keduanya nampak sama sahaja??

Aku agak menyampah lihat perempuan-perempuan yang gedik nih. Aduihhh.. naik menyampah aku..terasa malu juga aku bila lihat kelakuan mereka seperti itu.
Meluat pun ada..tapi apakan daya lain orang, lain perangainya..lain orang lain sifatnya..

Semua Orang lihat aku seperti gadis ayu. Hurm.. aku hairan sebentar.

Ayu kah aku? Aku ni, kalau orang tak kenal mereka akan lihat aku ni orang yang sombong, ego dan pemalu..

hihihi....pemalu??
kalau kawan kawan saya baca ini mesti mereka diaorang tergelak besar..hahaha..
Bila sudah kawan rapat dengan aku, tak ada dah la rasa malu tu.
Aku ni gila gila juga orang nye, suka nyakat orang dan selalu juga kena nyakat..
adehh part ni lah yang tidak seronok nya.

Kawan aku suka sangat nyakat aku, aku pun pelik..bukan setakat kawan aku itu je, mana mana kawan yang baru aku kenal pun suka nyakat aku. adehhh..

Tapi aku tak kisah pun..asalkan mereka bahagia :D

Tapi satu jelah, kalau tengok muka aku masam semacam je janganlah gatal gatal nak nyakat aku yer..ada yang kena satu das kat situ..huhuhu..maklumlah, angin taufan datang melanda..hihihi

Apa apa pun yang paling penting garang garang aku pun, sebenarnya aku ni seorang yang sanagt manja..(^__^)v peace

Haiippp jangan muntah pulak bila baca. Kenapa?? Tak percaya??

percayalaahhhh..(haaa..kang tak pasal pasal keluar pula lagu Siti Nurhaliza)

okay..balik semula ke topik asal..gadis ayu..hurmmm

Gadis ayu ni mempunyai perwatakan yang sangat menarik. Sejuk je mata memandang. Idaman hati jejaka jejaka diluar sana katakan. Yelah, jarang sangatlah orang lelaki mahu memperisterikan perempuan yang kasar tingkah lakunya. Mak mentua pun tak suka. uhuk..uhuk..

teringat pula aku akan lagu ini

Oh..Gadis ayu... lesung pipit di pipi
Ayu... senyummu menawan
Ayu.....


ehhh kena pula lagu ini dengan aku..hahhahaha..
perasan kejap..ngeh.ngeh..ngeh..

Tapi orang selalu sebut..'ehh tengok itu, control ayu lah konon'
adehh kalau dah begitu perwatakannya nak control apa nya..

tak faham betul aku..

ok lah sampai sini je entri kali ini..

da..da...  (✿◕‿◕.)

p/s: kepada yang tahu perbezaan gadis ayu dan gadis gedik beritahulah ya.

Monday, May 9, 2011

SENYUM SENYUM SELALU (◕‿◕)

Apa yang kita boleh tafsirkan pada senyuman seseorang itu terhadap kita?

Apa pandangan sahabat terhadap orang yang kurang senyum? adakah dia dikatakan orang yang sombong atau sebaliknya?

Malam sudah mula melabuhkan tirainya, ramai yang sudah pualng kerumah untuk merehatkan diri setelah seharian penat bekerja.

tiba tiba...

Aku terpandang akan satu senyuman ini. Aku mula jatuh cinta pada senyuman itu. Senyuman yang sangat ikhlas yang membuatkan aku mula tersenyum sendiri.
Senyuman itu membuatkan aku rasa bahagia sangat sangat. Senyuman yang  indah. Aku dapat rasakan keikhlasannya melalui senyuman tersebut.


Ya Allah, hambamu mohon agar aku sentiasa dapat melihat senyuman itu.

Dari mata turun ke hati. Pada dasarnya, kita mula bertentang mata, melihat senyuman yang sangat cantik, mata terpaku seketika melihat sepasang mata yang sangat cantik, lama kelamaan hati mula terpaut. Dari situ kita mula jatuh cinta.

Kata orang juga, cinta yang sebegini adalah angkara syaitan. Syaitan menjadi orang tengah ketika mana masing masing sedang angau dibuai cinta, berada di alam fantasi cinta yang direka reka yang sangat bahagia.

Apa apa pun aku kita kena sentiasa senyum  selalu..

Senyumlah.. kerana dunia pasti tersenyum melihat kamu!

Di sini saya sertakan lirik lagu senyum yang merupakan lagu tema & patriotik

Senyum seindah suria
Yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

lagu oleh :Suraya Mohd Jemil

SENYUM SOKMO DEHH!! (◕‿◕)

Sunday, May 8, 2011

ღ SELAMAT HARI IBU ღ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..dan salam sejahtera kepada sahabat sekalian..


sahabat sahabat tengah buat apa sekarang??
mesti ada yang sedang berduka dan ada yang sedang bergembira dengan keluarga masing masing kan.
Wah..Seronoknya dapat meluangkan masa dengan keluarga.

hurmm sayangnya aku tak dapat balik rumah pada hari ini untuk sambutan hari ibu.
sedih sangat..


rindu sangat sangat kat mak..
rindu kat adik adik dan akak akak aku yang sengal sengal ubi tuh..
rindu juga pada anak buah..


bip..bip..


ada sms masuk. Lalu aku mencapai handphone ku untuk melihat sms daripada siapa.


"adik perempuan ku bertanya..kakteh..mana hadiah mak nyer??"


Lalu aku terus hantar sms kepada mak...






simple sahaja kiriman sms yang aku berika kepada ibu ku ツ
 
adik perempuan ku membalas mewakili ibuku

 
ini sms kiriman aku kepada ibu ku


ibu ku membalas.
Kejam kan aku..hanya sms sahaja mak..Ya Allah..sesungguhnya tidak mampu untuk aku menelefon mak, bercakap dengan mak, air mata aku akan terus mengalir tanpa henti henti.


hati terasa sangat hiba, nak nak lagi aku hanya seorang diri di sini. Jauh dari saudara mara, jauh dari adik beradik. Banyak sangat pengalaman yang aku dapat semasa berada dalam susah mahupun senang.


Mencari rezeki untuk diri sendiri dahulu sambil sambil itu, mak dikampung tak pernah aku lupa. Bila kewangan sudah stabil,kelak bolehlah sambung belajar tanpa berhutang. Insya Allah. Ini hanya perancangan ku, segala-galanya Tuhan yang tentukan.


Ouh lupa pula, sahabat sahabat mahu tahu hadiah apa yang aku belikan untuk adik bongsu SITI AINUL ASHIKIN?


hihi..ini sekadar perkongsian sahaja..aku ini tidak lah pandai dalam bab-bab memilih hadiah. Tapi aku ini jenis suka akan buku.


Jadi, aku dari jauh cuba didik adik bongsu aku ni minat membaca. Bukan apa, bila dia banyak membaca, penggunaan bahasa (loghat terengganu) dapat dikurangkan supaya penulisan bahasa dia bagus.


Aku tak mahu dia jadi seperti aku. Bila jawab kertas penulisan mula terpinga pinga. Sehingga sekarang aku masih keliru dalam penggunaan huruf 'G .


Uhukk... keliru sesuatu perkataan itu perlu letak satu 'g' atau tidak perlu letak 'g'


Buku-buku yang aku selalu belikan untuk dia pun tidak lah mengarut-ngarut sangat. Semuanya cerita kanak-kanak atau cerita remaja. Sesuailah kot dengan umur dia sekarang.


ini dia hadiah yang aku belikan... taraaaaa!







buku-buku ini dibeli semasa Pesta Buku di PWTC baru baru ini. Aku tidak pergi beli sendiri kerana ketika itu aku pergi Putrajaya tetapi aku meminta bantuan sahabat aku yang belikan.


Terima kasih kepada sahabat yang tolong belikan buku-buku tersebut.


ok mari kita lihat apa yang ada didalam kotak-kotak itu..

jeng..jeng..jeng..

buku-buku yang terkandung didalam kotak THE WANNABABES

Buku-buku yang terkandung di dalam kotak SET LIMITED EDITION

Ini pula hadiah cabutan bertuah.. kata sahabat aku..

Mesti seronok adik perempuan aku tu bila dapat ni. Tak sabar nak post kepada beliau. Nak nak lagi adik perempuan aku tu sukan warna pink. sangat TAKSUB dengan warna PINK


Hadiah untuk adik aku sudah ada. Bagaimana pula dengan hadiah untuk ibu ku ya??
Adehh.. nak beri apa ni..


31 MEI 2011 ni hari lahir beliau.. aku masih buntu.. buntu mahu beli hadiah apa..
ok lah.. nanti kita sama sama nanti kan hadiah apa yang aku  belikan untuk bonda tersayang

tata.. (◕‿◕)

⊹ HATI-HATI ⊹

Kenangan yang sangat tak akan aku lupa, sesampai sahaja dirumah aku baru teringat
'adehh..mangga pada pintu sudah ditukar, aku pula tak ada kuncinya'

Apa lagi terus aku sms kepada rakan serumahku bertanyakan kedudukan beliau sekarang.

Tup tup sekali dia ada di pejabat..hurmm.. terpaksalah aku patah balik semula ke pejabat. Kebetulan pejabat rakan serumah ku hanya bersebelahan  dengan pejabat kuh.

Aku pandang kiri dan kanan. Ya Allah, gelap sungguh malam ini.. aku pula jenis kurang nampak pada waktu malam terpaksa berjalan dengan penuh berhati-hati. Badan pula penat, langkahku semakin lama semakin perlahan.

Tiba-tiba, prap!

Aduh..kaki aku terseliuh, mungkin terpijak kayu atau ranting semasa aku berjalan diatas rumput.

Terasa sangat sakit, tetapi aku cuba bertahan. berjalan seperti tidak apa-apa yang berlaku.

Hati aku merintih..Ya Allah, kuatkanlah semangat aku, hamba mohon perlindungan daripada mu Ya Allah..

Tiba tiba aku terpandang satu cahaya yang sangat cantik. Ya Allah, cantik sungguh bintang dan bulan pada malam ini. Ia seakan akan mengiringi aku pulang kerumah.

Ya Allah, Ya Tuhanku..terima kasih. Cahaya bulan dan bintang ini sudah cukup membuatkan hati aku kembali tenang dan aku terus melangkah pulang kerumah.

Seumur hidup kau, tidak pernah keluar malam seorang diri. Maklumlah..penglihatan aku kurang jelas pada waktu malam. Kalau keluar malam pun mesti berteman. Samaada keluar dengan keluarga ataupun dengan kawan.

Ini kali pertama, Alhamdulillah, Aku selamat sampai dirumah.

Monday, April 4, 2011

⊹ Bintang ✰ ⊹

Kata orang, setiap kali kita mengalami kemurungan dalam hidup pasti kita tiba-tiba akan hilang punca, hilang akal. Mencari apa sebab yang menyebabkan kita berubah angin dari ceria bertukar menjadi muram, tidak ada mood.

Pasti akan ada sesuatu yang boleh menceriakan kita semula. Cuma kita tidak pasti dengan cara apa kita akan ceria semula. Bagi aku, sudah memadai dengan melihat bintang.

Sinaran cahaya bintang yang berkelipan sudah cukup membuatkan aku tertawa kembali. Ketika mula aku menjejakkan kaki di bandar Kuala Lumpur, tidak pernah sekali pun aku dapat melihat bintang. Aku rasa aneh sekali. Tapi tidak mengapalah.

Baru-baru ini aku pulang ke kampung. Rasa gembira dan bersyukur sangat sangat sebab aku dapat melihat bintang. Rindu kat rumah lama, bila saya stress, sedih, ataupun gembira saya akan duduk diluar rumah sambil melihat bintang di langit..subhanaAllah, sangat-sangat cantik, hati yang sedih menjadi gembira, hati yang gelisah menjadi tenang, dan hati yang gembira ku panjatkan syukur ke hadrat Illahi :))  Cantik sungguh Ciptaan-Nya.Cantik sungguh Ciptaan-Nya.

Walaupun disini aku tidak dapat melihat bintang, sudah cukup memadai dengan mendongakkan kepala ke langit yang terbentang begitu luas. Aku bersyukur masih dapat melihat.

Ya Allah, aku bersyukur kerana masih bernafas dan dapat menikmati segala ciptaan-Mu . Masih boleh berdiri tegak menunaikan segala kewajipan dan masih boleh melihat apa yang berlaku di sekeliling ku.


♫ ♬ ♪ ♩♫ ♬ ♪ ♩ ♪ Bintang

Bintang di langit
Kerlip engkau di sana
Memberi cahayanya di setiap insan
Malam yang dingin
Kuharap engkau datang
Memberi kerinduan di sela mimpi – mimpinya

Melangkah sendiri di tengah gelap malam
Hanya untuk mencuri jatuh sinaran
Tak terasa sang waktu
Melewati hidupnya
Tanda pagi menjelang
Mengganti malam

Chorus:
Oh bintang tetaplah… pastikan cahyanya
Sinari langkahku setiap saat
Bintang pun tersenyum… dengarkan pintaku
Berikan kecupan di sudut tidurnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...