RSS
Selamat Datang diucapkan! salam ukhuwah, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya

Wednesday, March 30, 2011

ღ Cinta antara dua insan ღ

Sunyinya malam ini, dimana burung tidak lagi berkicauan, manusia sudah mula pulang ke rumah masing-masing setelah seharian penat bekerja, tetapi aku???

Aku mula memikirkan perkara yang tidak mungkin akan berlaku.

Perkara yang tidak mungkin akan berulang semula. Andai dapat aku undur masa, aku mahu tebus segala kesalahan ku.

Itulah, mulut aku ni terlalu lancang. Main lepas sahaja apabila bercakap. tidak pandang dah orang di sekeliling. hmm

Oh Tuhan.. aku terlalu rindukannya..rindukan tawanya,rindukan gurau sendanya..rindukan senyumannya.

Ini semua sangat menyakitkan aku ketika aku dan dia sudah tidak bersatu lagi..ketika mana kami sudah tidak sehaluan lagi..segala memorinya pada aku terlalu kuat.

Cinta itu punyai kemanisannya tersendiri, tetapi ia juga ada kepahitan.
tanpa kita sedar, cinta itu boleh membunuh kita.

Membunuh tanpa kita tahu apa puncanya..

Membunuh kita dengan cara yang tidak mungkin kita akan sedar dan rasakan ianya tidak masuk akal,

Membunuh kita dengan cara yang halus..

cinta itu juga boleh akibatkan seseorang itu hilang pertimbangan hinggakan melakukan sesuatu yang diluar kawalan.

Cinta itu begitu unik sampaikan kita boleh jadi gila.

Ada orang boleh gila akibat ditinggalkan cinta..huh!.. Sangat hebat kuasa cinta ini.

Tatkala aku bahagia ketika menemui cinta, 1001 dugaan datang.. inilah dikatakan dugaan orang bercinta. tapi apakan daya, aku tidak mampu untuk harungi segala kepahitan itu bersama-samanya. Maafkan aku ;(

Segala lemparan yang diberikan pada aku dan dia sangat menyakitkan..hingga meninggalkan kesan yang begitu dalam. Ramai yang membenci aku..

Aku hanya mampu menangis, menangis bukan kerana ramai orang tidak suka aku bersama dengan dia, tetapi aku sedih kerana orang yang rapat dengan aku juga menjadi dalang dalam hal ini.

Walaupun begitu, aku tidak mampu untuk berkata-kata. Aku hanya diamkan diri, menyendiri.
Aku tidak mahu menyalahkan siapa-siapa pun. Biarlah aku sendirian begini.

Apakah semua orang mampu menghadapinya?

Hidup kita bukan mereka yang tentukan. Sebab itu aku buat tidak tahu sahaja. Asalkan aku tahu mana baik buruknya sesuatu perkara itu sudah cukup memadai.

Di saat hati gembira apabila bibirnya mengungkapkan kata cinta kepadaku.. ada juga yang tidak suka melihatnya.

Hati ini bahagia teramat sangat. Apa pandangan orang lain terhadap aku, aku endahkan sahaja.

Aku terlalu bahagia apabila cinta itu merupakan cinta pertama yang dimiliki selain cinta yang diperoleh daripada orang tua kita.

tidak pernah aku rasa bahagia seperti ini.

Tetapi,,

Dengan sekelip mata sahaja, segala kebahagian itu hilang. Hati aku perit, sedih, tapi apakan daya aku. Segala keputusan sudah dibuat dan aku redha menerimanya nak menangis pun tak ada guna.

bak kata pepatah : yang patah tumbuh, yang hilang berganti..hmmm

Apa yang aku harapkan, semoga dia sentiasa gembira, bahagia disamping keluarga tersayang dan berjaya dalam hidup!


♫♪♪♫ ------->    Nyatakan hasrat di sanubari,
             Untukku memiliki sekeping hati,
             Rasanya sunyi meracun diri,
             Kala engkau tiada di sisi,
             Andai engkau mengerti
             Masihkah ada ruang utkku
             Andainya engkau mengetahui
             Duruhnya jiwaku tanpamu disisi
             Indahnya hidup bersamamu,
             Andai itu takdir kita berdua.

p/s ; maaflah kalau ada ayat yang merapu. maklumlah.. mengarang ketika hati sedih katakan.hmm

2 comments:

hafiz azmi said...

:) Cinta memang begitu. Dimainkan emosi hingga kadang2 kita lupa siapa diri kita sebenarnya.

Atiqah, kalau orang x rasa orang tak tahu. Sume orang boleh cakap sabar tapi bukan semua orang sama tahap kesabaran mereka.

Atiqah, sesungguhnya apa yang berlaku didalam hati ini umpama paku didinding. kita boleh mencabut paku itu namun kesannya tetap kekal disitu.

Hakikatnya, jika kita mahukan perubahan. Kita perlu berhijrah jauh dari kisah lama & dengan doa yang iklas kepada-Nya pasti akan datang cara mengunati hati itu.

Atiqah, biarkan masa merubat hati, biar zikir mengubat rindu, biar hati sejernih air, biar diri sekuat gunung.

Biar pedih dilambung ombak, biar bengkok ditiup ribut namun jalan terus berjalan. biar sampai terhenti cuma di destinasi pengakhiran nyawa.

Semoga ALLAH bersamamu Atiqah. Biar hati sejernih air, jgn dikotori dengan dusta. Biar hati sesuci embun, jangan dibiar mengutip hempedu.

Sekain nukilan,
Hafiz Azmi
31 March 2011...

atiQah rahman said...

terima kasih abg hafiz.

bila kita hadapinya,
baru kita rasa apa itu sebenarnya CINTA..dan apa itu sebenarnya pengorbanan.
(-_-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...