RSS
Selamat Datang diucapkan! salam ukhuwah, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya

Wednesday, March 30, 2011

Kuantan! i'm coming ツ

Assalamualaikum,

wahh,, lega rasanya apabila sudah tiba di bandar kuantan. Agak lelah juga harini gara-gara mahu cepat sampai ke pekeliling untuk beli tiket bus. Tup..tup bus yang selalu aku naik, kaunternya tutup. Pelik pula aku ketika itu. Tidak pernah pernah kaunter bus tersebut tutup  awal sebelum ini tak pernah pernah tutup seawal ini. Jam menunjuk sudah jam 7.40malam..

Adushh..

Bagaimana mahu pulang ni.(hati aku mengeluh) hmm.. Aku tenangkan diri sebentar. Lalu aku pergi bertanya di kaunter lain. Malangnya, bus yang paling awal ke Kuantan yang aku lihat pada papan kenyataan pada ketika itu hanya ada pada jam 10.00malam.

Aku cuba tanya pada pakcik pakcik yang ada disitu..

'Acik(pakcik), bus ke Kuantan paling awal ada jam berapa ya?'

ada yang menjawab 'paling awal jam 9.15 malam'

lalu aku bertanya 'ada yang lagi awal tak?'

ada seorang pakcik ni menjawab 'jam paling awal jam 8.30 malam, nak?'

Aku memikir sebentar..hmmm lalu aku menjawab 'bolehlah acik'

Aku bertanya pada pakcik tersebut, 'Acik, bus apa yer'

'Bus Mara Liner' pakcik tersebut jawab dengan ringkasnya

dalam hati aku berkata ' aduhaii..ok ke bus ni? tak pernah pernah naik bus ni. Harap-harap selamat lah


Selesai membeli tiket, aku pergi ke surau untuk menunaikan solat maghrib :)

Selsai solat, pada jam 8.15 malam aku pergi ke bus. Di dalam bus tersebut aku berkenalan dengan seorang mahasiswi IIUM Kuantan. Beliau sangat ramah. Di awal perkenalan kami aku sudah dibuli olehnya dengan pelbagai teka teki..

Aduhaii...ingatkan hanya di pejabat aku dibuli. Tak sangka dalam bus ini aku juga dibuli.
Aku hanya mampu tersenyum dan menjawab segaal teka tekinya dengan tenang.

Antara topik yang di bicarakan adalah mengenai makanan.

hihihi...

Aku kalau bab bab makanan ini laju sahaja.. yalah mahu juga tahu apa makanan yang sedap dan kedai yang sediakan makanan yang sedap,

Aku tiba di kuantan tepat pada jam 11.30 malam. Turun sahaja dari bus, aku hairan sebentar.

Lain bebenor terminal ni. Hampir tidak cam. Mata aku sudah melilau mencari bayang kakak, abang ipar serta anak-anak buahku. Masuk sahaja kereta, abg ipar aku bersuara,,'boh bulat geter muke leni' hahahaha aku cuma hanya mampu tersenyum sahaja.

Dalam kereta anak-anak buah ku rancak berborak. Almaklumlah sudah lama tidak bertemu.


wan nur izzuddin + wan mohd aminuddin

 Sampai sahaja dirumah kakak, macam biasa aku akan pergi kat penimbang untuk timbang berat badan.

~lalalalallla

Aku dan penimbang ni macam sudah tidak boleh berpisah. Tiap-tiap kali pergi ke rumah Kakak mesti akan cari penimbang. huhuhu.. boleh buat buku nih, tajuknya 'Dahsyatnya cinta si penimbang'

hahahaha..

Aku berborak dengan kakak aku mengenai facebooknya hampir jam 4.00 pagi.. aduyai.. tak sedar langsung jam sudah mahu dekat 4pagi,


Apa lagi.. masuk tidurlah 'Kaklong, tidur dulu' kata ku pada kakak kuh.


huhuhu.. mata pon sudah mengantuk.

ok lah. sampai ini sahaja entri kali ini. nite kawan-kawan semua, Selamat Malam ◕‿◕

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...