RSS
Selamat Datang diucapkan! salam ukhuwah, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya

Wednesday, January 27, 2010

.:: BUAT SAHABAT2 ::.


Salam...
Minggu nh sy terlalu busy sampai xada mase nk post entry yg baru.


Dlm minggu nh ader test. Blh tahan r tp, sy xstdy maner la coz kdg2 sy xbrape chat nk stdy. So, kne la igt pe yg lec ajar. Kalu x.. ermm xtahu la nk jwb pe dlm test tu. Dlm sem. nh sy de mik P.M [ pengajian Malaysia ].
Sy terus terang, sejak skull menengah ag, mmg xminat lnsung ngn sejarah nh coz kne bnyk ngafal. Erm... dlm kelas pon sy xbpe dgr pe yg cikgu / lec terang. Susah jgk kn kalu ader satu2 perkara yg kita xsuke tp kene wat.. huhuhu Sampai nek pening paler nh.

Minggu nh semua pelajar kat cni blh blik coz minggu depan cuti. Saya plek minggu depan xleh cuti maner gak r coz kne kemas n bersihkan sume blik kt umah coz 6t awl bln dua abg ke-4 sy nk kawin..
so, sy kne la busykan diri nh utk mengemas rumah. Tiap2 kali abg / kakak kawin mmg sy yg tlg bersihkan blik dyeowg.

erm.. setakat nh je la sy tlis. Ader perkara lg yg perlu sy buat.
Wsalam..

Wednesday, January 20, 2010

.:: RAKAN SEPERJUANGAN ::.



BUAT SAHABAT YG DISAYANGI..
trase rindu dhati bila terkenang yg 1 ari 6t kita pasti juga akn berpisah pergi dgn haluan msing2. Apa yg aku harapkan ialah agar korang sumer akn senantiasa igt aku. :)


sahabatku………
seberat apapun masalahmu
sekelam apapun beban hidupmu
jangan pernah berlari darinya
ataupun bersembunyi
agar kau tak akan bertemu dengannya
atau agar kau bisa menghindar darinya
karena sahabat…..
seberapa jauhpun kau berlari

dan sedalam apapun kau bersembunyi
dia pasti akan menemuimu
dalam sebuah episode kehidupanmu

sahabatku……
alangkah indahnya bila kau temui ia dengan dada yang lapang
persilahkan ia masuk dalam bersihnya rumah hati
dan mengkilapnya lantai nuranimu
hadapi ia dengan senyum seterang mentari pagi
ajak ia untuk menikmati hangatnya teh kesabaran
ditambah sedikit penganan keteguhan

sahabat…….
dengan begitu
sepulangnya ia dari rumahmu
akan kau dapati
dirimu menjadi sosok yang tegar
dalam semua keadaan
dan kau pun akan mampu dan lebih berani
untuk melewati lagi deraan kehidupan
dan yakinlah sahabat……..
kaupun akan semakin bisa bertahan
kala badai cobaan itu menghantam
[ sumber : ANONIM ]




TEMANKU
kita mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita & kejayaan
kita akan berusaha dengan bersungguh2
utk mengejar cita2 yg selama ini kita impikan.
Mustahil lah kalu setiap manusia tidak ada cita2.
Oleh itu, bila kita sudah mencapai cita2 kita,
pasti kita akan peroleh kejayaan..
[ Dari sahabatmu :. IEQA ]

Monday, January 18, 2010

.:: LUAHAN ISI HATI ::.

hari demi hari aku bertanya pada diriku ini..

"kelak, aku harus kemana selepas aku dah habis dip.. ramai org cakap, utk melanjutkan pelajaran ke UPSI, agak susah sekarang.. jikalau aku tidak ke UPSI.. aku tidak tahu kemana lagi aku hendak pergi. Aku bercita-cita nak jdi seorang guru. Aku nak didik adik2 & generasi akan datang.. InsyaAllah.."

Sy nh jenis kurang bergaul.. agak pendiam & amik masa lamer utk bermesra dengan org lain.. tiap kali memikirkan tentang nak smbung blaja... sy mesti akan takut. Sy takut tak boleh bwak diri kat tempat org lain yg sy xbiasa..apa-apapun sy harus pandai berdikari & bijak menguruskan diri apatah lagi sy seorang wanita. Dah lumrah kehidupan, satu hari akan berjauhan juga dengan keluarga..pilunya hati ini, hanya TUHAN yang tahu. Untuk menjadi seorang yg berjaya, sy harus berhijrah sebagaimana penghijrahan Nabi ke Madinah. Hidup ini, jika kita tidak berhijrah dan hanya tinggal di bawah bumbung yg sama, hidup kita tak akan kemana & berjaya.

Wednesday, January 13, 2010

.::PILU DI HATI ::.


" Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi."

Hari ni aku rasa sgt sedih... air mataku terus menerus mengalir tanpa henti.. orang yang selama nh menjaga aku sakit.. dah 3 hari dye tak boleh bangun. aku sangat sedih bila mendengar berita ni. tapi apa yang aku hanya mampu buat hanya berdoa dan memberi kata-kata semangat pada dye. Aku hanya berserah pada TUHAN kita hanya merancang, TUHAN yang menentukannya.Aku harap dye mampu menjalani ujian yang ALLAH berikan ini dengan tabah.

Apa yang bermain difikiranku ialah samaada dye kena demam campak ataupun kena buatan orang. Sebab apa yang aku tahu, terlalu ramai orang merasa dengki terhadap keluarganya dan perkara ini sudah pon berlaku pada beberapa tahun yang lepas dimana Arwah Ayahnya meninggal disebabkan buatan orang yang dengki terhadap perniagaan mereka yang berjaya dan mempunyai pelanggan tetap yang ramai. Apa yang aku harapkan cuma hal ini tidak berlaku padanya.

Aku berdoa semoga kamu cepat sembuh... Aminn...

Tuesday, January 12, 2010

.;: ETIKA ISLAM ::.

Hari ni saya ada ujian subjek etika perniagaan..agak sukar difahami kerana keadaan saya yang kurang sihat.Ketika saya sedang menelaah buku etika, saya terbaca satu firman ini...

Rasullulah S.A.W bersabda " peniaga yang benar dan jujur akan dibangkitkan pada hari akhirat beserta orang orang yang benar dan para syuhada."

Bagi seorang peniaga, kita perlulah ada sikap jujur, amanah, & adil. Tetapi, apa yang saya lihat peniaga sekarang lebih mengira keuntungan sendiri daripada menitikberatkan tentang kehendak dan kepuasan pelanggan. Ada segelintir peniaga yang sengaja menambah berat pada timbagan, ada juga yang mengurangkan timbangn. Sikap peniaga yang seperti ini perlu kita membuat aduan dan mereka akan dikenakan tindakan yang setimpal dengan apa yang mereka lakukan.Negara kita ada undang-undang, jadi kita sebagai pengguna perlulah menegakkan hak kita sebagai pengguna.

Saturday, January 9, 2010

.::MALU::.


" Bahawasanya sesetengah yang didapati manusia dari perkataan Nabi yang terdahulu ialah apabila engkau tidak malu maka kerjakanlah apa yang engkau dikehendaki."
( H.R Bukhari )


Sahabat sekalian...
Malu ialah perasaan yang mendesak seseorang supaya menghindari segala perbuatan yg keji dan melaksanakan yg terpuji. Sumber dari malu ni adalah dari hati, atas jiwa yang sedar bahawa segala gerak gerinya diperhatikan oleh Allah.

Disini sy ingin kongsi sedikit cerita mengenai malu..
Pada zaman dahulu, pernah Umar bin Khattab r.a. memerintahkan supaya tak ada seorang pun dibenarkan merendahkan mutu susu dengan mencampurkan air kedalamnya. Pada suatu hari, ketika beliau meronda pada tengah malam untuk melihat keadaan rakyat jelata, beliau terdengar seorang perempuan menyuruh anak perempuannya mencampurkan air kedalam susu sebelum tiba waktu siang. Anak itu enggan berbuat demikian lalu mgingatkan ibunya perihal perintah Umar bin Khattab r.a. Ibunya marah lalu menjawab bahawa Khalifah tak datang dan tak perlu malu kerana beliau tak mengetahuinya, anak itu menjawab bahawa Allah Mengtahui walaupun Khalifah tak mengetahui.

Disini kita lihat bahawa orang yang malu kepada Allah bersigat Taqwa di mana saja berada. Tetapi orang yang malu kepada manusia, adalah kerana manusia. Hilangnya malu jikalau tak ada manusia. Adakalanya pula, dia tak malu lagi kepada manusia dengan kelakuannya yang durjana atau yang menjolok mata apabila dipandang manusia terhadap dirinya.

Monday, January 4, 2010

⊹ KATA-KATA ⊹


Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

"Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah"

"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"

"Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan"

"Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket"

"Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan"

"Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain"

"Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi"

"Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal"

"Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu"

"Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda"

"Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain"

"Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya"

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"

"Perkara yang paling manis dalam dunia ini ialah pujian seorang kekasih daripada perasaan cintanya. Ia lebih manis daripada madu yang paling enak di dunia ini"

⊹ 2012 ⊹


 
Ada yang membicarakan bahawa 2012 merupakan tahun akhir zaman bagi seluruh umat didunia..samada muslim mahupun bukan muslim.

Apakah kita patut mempercayainya?? telah berlaku banyak tanda-tanda kecil & besar kiamat akan berlaku..

Jika kita lihat.. pada masa sekarang tahun 2009..2010.. kita sudah berada di zaman jahiliyah. berlakunya zina, buang anak, tanam anak, minum arak, judi banyak lagi. Kita sebagai umat islam haruslah sedar bahawa wujudnya tuhan pencipta alam & segala makhluk. Kepadanya juga kita akan kembali. Selagi pintu taubat masih terbuka, kita haruslah segera memohon taubat kepada-Nya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...