RSS
Selamat Datang diucapkan! salam ukhuwah, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya
Showing posts with label Luahan. Show all posts
Showing posts with label Luahan. Show all posts

Sunday, May 8, 2011

⊹ HATI-HATI ⊹

Kenangan yang sangat tak akan aku lupa, sesampai sahaja dirumah aku baru teringat
'adehh..mangga pada pintu sudah ditukar, aku pula tak ada kuncinya'

Apa lagi terus aku sms kepada rakan serumahku bertanyakan kedudukan beliau sekarang.

Tup tup sekali dia ada di pejabat..hurmm.. terpaksalah aku patah balik semula ke pejabat. Kebetulan pejabat rakan serumah ku hanya bersebelahan  dengan pejabat kuh.

Aku pandang kiri dan kanan. Ya Allah, gelap sungguh malam ini.. aku pula jenis kurang nampak pada waktu malam terpaksa berjalan dengan penuh berhati-hati. Badan pula penat, langkahku semakin lama semakin perlahan.

Tiba-tiba, prap!

Aduh..kaki aku terseliuh, mungkin terpijak kayu atau ranting semasa aku berjalan diatas rumput.

Terasa sangat sakit, tetapi aku cuba bertahan. berjalan seperti tidak apa-apa yang berlaku.

Hati aku merintih..Ya Allah, kuatkanlah semangat aku, hamba mohon perlindungan daripada mu Ya Allah..

Tiba tiba aku terpandang satu cahaya yang sangat cantik. Ya Allah, cantik sungguh bintang dan bulan pada malam ini. Ia seakan akan mengiringi aku pulang kerumah.

Ya Allah, Ya Tuhanku..terima kasih. Cahaya bulan dan bintang ini sudah cukup membuatkan hati aku kembali tenang dan aku terus melangkah pulang kerumah.

Seumur hidup kau, tidak pernah keluar malam seorang diri. Maklumlah..penglihatan aku kurang jelas pada waktu malam. Kalau keluar malam pun mesti berteman. Samaada keluar dengan keluarga ataupun dengan kawan.

Ini kali pertama, Alhamdulillah, Aku selamat sampai dirumah.

Monday, April 4, 2011

⊹ Bintang ✰ ⊹

Kata orang, setiap kali kita mengalami kemurungan dalam hidup pasti kita tiba-tiba akan hilang punca, hilang akal. Mencari apa sebab yang menyebabkan kita berubah angin dari ceria bertukar menjadi muram, tidak ada mood.

Pasti akan ada sesuatu yang boleh menceriakan kita semula. Cuma kita tidak pasti dengan cara apa kita akan ceria semula. Bagi aku, sudah memadai dengan melihat bintang.

Sinaran cahaya bintang yang berkelipan sudah cukup membuatkan aku tertawa kembali. Ketika mula aku menjejakkan kaki di bandar Kuala Lumpur, tidak pernah sekali pun aku dapat melihat bintang. Aku rasa aneh sekali. Tapi tidak mengapalah.

Baru-baru ini aku pulang ke kampung. Rasa gembira dan bersyukur sangat sangat sebab aku dapat melihat bintang. Rindu kat rumah lama, bila saya stress, sedih, ataupun gembira saya akan duduk diluar rumah sambil melihat bintang di langit..subhanaAllah, sangat-sangat cantik, hati yang sedih menjadi gembira, hati yang gelisah menjadi tenang, dan hati yang gembira ku panjatkan syukur ke hadrat Illahi :))  Cantik sungguh Ciptaan-Nya.Cantik sungguh Ciptaan-Nya.

Walaupun disini aku tidak dapat melihat bintang, sudah cukup memadai dengan mendongakkan kepala ke langit yang terbentang begitu luas. Aku bersyukur masih dapat melihat.

Ya Allah, aku bersyukur kerana masih bernafas dan dapat menikmati segala ciptaan-Mu . Masih boleh berdiri tegak menunaikan segala kewajipan dan masih boleh melihat apa yang berlaku di sekeliling ku.


♫ ♬ ♪ ♩♫ ♬ ♪ ♩ ♪ Bintang

Bintang di langit
Kerlip engkau di sana
Memberi cahayanya di setiap insan
Malam yang dingin
Kuharap engkau datang
Memberi kerinduan di sela mimpi – mimpinya

Melangkah sendiri di tengah gelap malam
Hanya untuk mencuri jatuh sinaran
Tak terasa sang waktu
Melewati hidupnya
Tanda pagi menjelang
Mengganti malam

Chorus:
Oh bintang tetaplah… pastikan cahyanya
Sinari langkahku setiap saat
Bintang pun tersenyum… dengarkan pintaku
Berikan kecupan di sudut tidurnya

Wednesday, March 30, 2011

ღ Cinta antara dua insan ღ

Sunyinya malam ini, dimana burung tidak lagi berkicauan, manusia sudah mula pulang ke rumah masing-masing setelah seharian penat bekerja, tetapi aku???

Aku mula memikirkan perkara yang tidak mungkin akan berlaku.

Perkara yang tidak mungkin akan berulang semula. Andai dapat aku undur masa, aku mahu tebus segala kesalahan ku.

Itulah, mulut aku ni terlalu lancang. Main lepas sahaja apabila bercakap. tidak pandang dah orang di sekeliling. hmm

Oh Tuhan.. aku terlalu rindukannya..rindukan tawanya,rindukan gurau sendanya..rindukan senyumannya.

Ini semua sangat menyakitkan aku ketika aku dan dia sudah tidak bersatu lagi..ketika mana kami sudah tidak sehaluan lagi..segala memorinya pada aku terlalu kuat.

Cinta itu punyai kemanisannya tersendiri, tetapi ia juga ada kepahitan.
tanpa kita sedar, cinta itu boleh membunuh kita.

Membunuh tanpa kita tahu apa puncanya..

Membunuh kita dengan cara yang tidak mungkin kita akan sedar dan rasakan ianya tidak masuk akal,

Membunuh kita dengan cara yang halus..

cinta itu juga boleh akibatkan seseorang itu hilang pertimbangan hinggakan melakukan sesuatu yang diluar kawalan.

Cinta itu begitu unik sampaikan kita boleh jadi gila.

Ada orang boleh gila akibat ditinggalkan cinta..huh!.. Sangat hebat kuasa cinta ini.

Tatkala aku bahagia ketika menemui cinta, 1001 dugaan datang.. inilah dikatakan dugaan orang bercinta. tapi apakan daya, aku tidak mampu untuk harungi segala kepahitan itu bersama-samanya. Maafkan aku ;(

Segala lemparan yang diberikan pada aku dan dia sangat menyakitkan..hingga meninggalkan kesan yang begitu dalam. Ramai yang membenci aku..

Aku hanya mampu menangis, menangis bukan kerana ramai orang tidak suka aku bersama dengan dia, tetapi aku sedih kerana orang yang rapat dengan aku juga menjadi dalang dalam hal ini.

Walaupun begitu, aku tidak mampu untuk berkata-kata. Aku hanya diamkan diri, menyendiri.
Aku tidak mahu menyalahkan siapa-siapa pun. Biarlah aku sendirian begini.

Apakah semua orang mampu menghadapinya?

Hidup kita bukan mereka yang tentukan. Sebab itu aku buat tidak tahu sahaja. Asalkan aku tahu mana baik buruknya sesuatu perkara itu sudah cukup memadai.

Di saat hati gembira apabila bibirnya mengungkapkan kata cinta kepadaku.. ada juga yang tidak suka melihatnya.

Hati ini bahagia teramat sangat. Apa pandangan orang lain terhadap aku, aku endahkan sahaja.

Aku terlalu bahagia apabila cinta itu merupakan cinta pertama yang dimiliki selain cinta yang diperoleh daripada orang tua kita.

tidak pernah aku rasa bahagia seperti ini.

Tetapi,,

Dengan sekelip mata sahaja, segala kebahagian itu hilang. Hati aku perit, sedih, tapi apakan daya aku. Segala keputusan sudah dibuat dan aku redha menerimanya nak menangis pun tak ada guna.

bak kata pepatah : yang patah tumbuh, yang hilang berganti..hmmm

Apa yang aku harapkan, semoga dia sentiasa gembira, bahagia disamping keluarga tersayang dan berjaya dalam hidup!


♫♪♪♫♫ ------->    Nyatakan hasrat di sanubari,
             Untukku memiliki sekeping hati,
             Rasanya sunyi meracun diri,
             Kala engkau tiada di sisi,
             Andai engkau mengerti
             Masihkah ada ruang utkku
             Andainya engkau mengetahui
             Duruhnya jiwaku tanpamu disisi
             Indahnya hidup bersamamu,
             Andai itu takdir kita berdua.

p/s ; maaflah kalau ada ayat yang merapu. maklumlah.. mengarang ketika hati sedih katakan.hmm

Thursday, January 27, 2011

.:: Oh! cinta ::.


Ya Allah, Ya Tuhanku, Seandainya telah kau catat, Dia milikku, tercipta buatku, Dekatkanlah dia padaku, Satukan hatinya dengan hatiku, Titipkan kemesraan antara kami, Agar kebahagiaan ini abadi. Dan Tuhanku Yang Maha

Pengasih, Seiringkanlah kami dalam
melayari hidup, Ke tepian yang sejahtera.

Tetapi Tuhanku,

Seandainya telah Engkau takdirkan, Dia bukan milikku, Bawalah dia jauh dari pandanganku, Luput dari ingatanku, Dan peliharalah diriku dari kecewa.

Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti, Berilah diriku kekuatan, Melontar bayangannya ke dada langit, Hilang bersama senja merah, Dan gelap pekat malam, Agar aku rasa bahagia, Walaupun tanpa dirinya. Dan Tuhanku Yang Tercinta, Gantikanlah yang telah hilang, Tumbuhkanlah kembali yang telah patah, Meskipun tiadakan sama dengan dirinya, Seandainya dia datang menemuiku & Cinta itu adalah cinta yang sejati dan suci, Seandainya dia pergi dan tiada menemuiku lagi & Anggaplah cinta itu tidak wujud dari awal...Aminnn.

Tuesday, April 13, 2010

::. LUKA DIHATI .::


Pada pagi yg begitu indah ni, terselit juga rasa sedih..
mengapa sangat susah utk kite mencari kebahagian kite??
adakah tidak layak utk aku mendapat kebahagian seperti mana orang lain merasainya,,,

Perasaan ak menjadi sangat suram, sedih bile orang yg selama nii kite percaya tapi langsung tak percaya pada kite. Kite sanggup buat apa sahaja demi utk kebahagian dia,, tp knp dia xmerasakan perkara yang sama seperti aku????

Biarkanlah perasan ni terus menghantui aku.. tak ada gune aku memikrkannye..perkara ini akan terus berlanjutan. aku tidak ambil peduli tentang hati dan perasaanku.



Yang aku tahu cume aku nak beri kebahagian padanya walaupun hati ini terseksa dengan setiap perkara, dengan kata-katamu atau apa jua..

Friday, February 12, 2010

.:: I'M BACK ::.


salam..
waahhh.lame btl xjenguk blog nh.
rindu la plak..maklumla, xda mase nk post entry baru.
Saya nk kongsi satu cerita nh kat korang sume..

Nh kisah tentang sebuah hotel yg agak mewah la jgk.berhadapan dengan Pusat Dagangan Antarabangsa. Hotel nh xsediakan lgsung towel mcm hotel2 yg len dah tu..kalu kita nk kuar g maner2, pintu tu xkunci automatik tapi kena guna kunci biasa tu. Nasib bek barang tak hilang.

Pada suatu malam tu, waktu dalam bilik, tiba2 terdengar pintu di godek orang. Bila tak boleh bukak, dia guna kunci nak buka pintu. Masa tu dengar suara perempuan kat luar. Saya pon buat2 la duk diam dlm bilik. Bila dye masuk dan nampak saya, dye terkejut. Pastu saya marah la ckp nk apa? pastu dye jwb..cik mintak towel kan td. Hurm, kot ye pon nk bg towel, tekan la bell tak pon ketuk pintu. Jangan duk men redah je bilik tu. Nsb bek perempuan yg dlm bilik. Kalu lelaki??? Nak2 plak lelaki yang gatal.. hurm.. Nauzubillah.
Mcm2 perkara blh berlaku.

Wednesday, January 27, 2010

.:: BUAT SAHABAT2 ::.


Salam...
Minggu nh sy terlalu busy sampai xada mase nk post entry yg baru.


Dlm minggu nh ader test. Blh tahan r tp, sy xstdy maner la coz kdg2 sy xbrape chat nk stdy. So, kne la igt pe yg lec ajar. Kalu x.. ermm xtahu la nk jwb pe dlm test tu. Dlm sem. nh sy de mik P.M [ pengajian Malaysia ].
Sy terus terang, sejak skull menengah ag, mmg xminat lnsung ngn sejarah nh coz kne bnyk ngafal. Erm... dlm kelas pon sy xbpe dgr pe yg cikgu / lec terang. Susah jgk kn kalu ader satu2 perkara yg kita xsuke tp kene wat.. huhuhu Sampai nek pening paler nh.

Minggu nh semua pelajar kat cni blh blik coz minggu depan cuti. Saya plek minggu depan xleh cuti maner gak r coz kne kemas n bersihkan sume blik kt umah coz 6t awl bln dua abg ke-4 sy nk kawin..
so, sy kne la busykan diri nh utk mengemas rumah. Tiap2 kali abg / kakak kawin mmg sy yg tlg bersihkan blik dyeowg.

erm.. setakat nh je la sy tlis. Ader perkara lg yg perlu sy buat.
Wsalam..

Monday, January 18, 2010

.:: LUAHAN ISI HATI ::.

hari demi hari aku bertanya pada diriku ini..

"kelak, aku harus kemana selepas aku dah habis dip.. ramai org cakap, utk melanjutkan pelajaran ke UPSI, agak susah sekarang.. jikalau aku tidak ke UPSI.. aku tidak tahu kemana lagi aku hendak pergi. Aku bercita-cita nak jdi seorang guru. Aku nak didik adik2 & generasi akan datang.. InsyaAllah.."

Sy nh jenis kurang bergaul.. agak pendiam & amik masa lamer utk bermesra dengan org lain.. tiap kali memikirkan tentang nak smbung blaja... sy mesti akan takut. Sy takut tak boleh bwak diri kat tempat org lain yg sy xbiasa..apa-apapun sy harus pandai berdikari & bijak menguruskan diri apatah lagi sy seorang wanita. Dah lumrah kehidupan, satu hari akan berjauhan juga dengan keluarga..pilunya hati ini, hanya TUHAN yang tahu. Untuk menjadi seorang yg berjaya, sy harus berhijrah sebagaimana penghijrahan Nabi ke Madinah. Hidup ini, jika kita tidak berhijrah dan hanya tinggal di bawah bumbung yg sama, hidup kita tak akan kemana & berjaya.

Wednesday, January 13, 2010

.::PILU DI HATI ::.


" Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi."

Hari ni aku rasa sgt sedih... air mataku terus menerus mengalir tanpa henti.. orang yang selama nh menjaga aku sakit.. dah 3 hari dye tak boleh bangun. aku sangat sedih bila mendengar berita ni. tapi apa yang aku hanya mampu buat hanya berdoa dan memberi kata-kata semangat pada dye. Aku hanya berserah pada TUHAN kita hanya merancang, TUHAN yang menentukannya.Aku harap dye mampu menjalani ujian yang ALLAH berikan ini dengan tabah.

Apa yang bermain difikiranku ialah samaada dye kena demam campak ataupun kena buatan orang. Sebab apa yang aku tahu, terlalu ramai orang merasa dengki terhadap keluarganya dan perkara ini sudah pon berlaku pada beberapa tahun yang lepas dimana Arwah Ayahnya meninggal disebabkan buatan orang yang dengki terhadap perniagaan mereka yang berjaya dan mempunyai pelanggan tetap yang ramai. Apa yang aku harapkan cuma hal ini tidak berlaku padanya.

Aku berdoa semoga kamu cepat sembuh... Aminn...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...