RSS
Selamat Datang diucapkan! salam ukhuwah, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya

Friday, May 13, 2011

✿ Wanita Melayu Terakhir ✿

Apa pandangan korunk semua tentang gadis ayu ni??

Apakah perbezaan gadis ayu dengan gadis gedik??

atau adakah keduanya nampak sama sahaja??

Aku agak menyampah lihat perempuan-perempuan yang gedik nih. Aduihhh.. naik menyampah aku..terasa malu juga aku bila lihat kelakuan mereka seperti itu.
Meluat pun ada..tapi apakan daya lain orang, lain perangainya..lain orang lain sifatnya..

Semua Orang lihat aku seperti gadis ayu. Hurm.. aku hairan sebentar.

Ayu kah aku? Aku ni, kalau orang tak kenal mereka akan lihat aku ni orang yang sombong, ego dan pemalu..

hihihi....pemalu??
kalau kawan kawan saya baca ini mesti mereka diaorang tergelak besar..hahaha..
Bila sudah kawan rapat dengan aku, tak ada dah la rasa malu tu.
Aku ni gila gila juga orang nye, suka nyakat orang dan selalu juga kena nyakat..
adehh part ni lah yang tidak seronok nya.

Kawan aku suka sangat nyakat aku, aku pun pelik..bukan setakat kawan aku itu je, mana mana kawan yang baru aku kenal pun suka nyakat aku. adehhh..

Tapi aku tak kisah pun..asalkan mereka bahagia :D

Tapi satu jelah, kalau tengok muka aku masam semacam je janganlah gatal gatal nak nyakat aku yer..ada yang kena satu das kat situ..huhuhu..maklumlah, angin taufan datang melanda..hihihi

Apa apa pun yang paling penting garang garang aku pun, sebenarnya aku ni seorang yang sanagt manja..(^__^)v peace

Haiippp jangan muntah pulak bila baca. Kenapa?? Tak percaya??

percayalaahhhh..(haaa..kang tak pasal pasal keluar pula lagu Siti Nurhaliza)

okay..balik semula ke topik asal..gadis ayu..hurmmm

Gadis ayu ni mempunyai perwatakan yang sangat menarik. Sejuk je mata memandang. Idaman hati jejaka jejaka diluar sana katakan. Yelah, jarang sangatlah orang lelaki mahu memperisterikan perempuan yang kasar tingkah lakunya. Mak mentua pun tak suka. uhuk..uhuk..

teringat pula aku akan lagu ini

Oh..Gadis ayu... lesung pipit di pipi
Ayu... senyummu menawan
Ayu.....


ehhh kena pula lagu ini dengan aku..hahhahaha..
perasan kejap..ngeh.ngeh..ngeh..

Tapi orang selalu sebut..'ehh tengok itu, control ayu lah konon'
adehh kalau dah begitu perwatakannya nak control apa nya..

tak faham betul aku..

ok lah sampai sini je entri kali ini..

da..da...  (✿◕‿◕.)

p/s: kepada yang tahu perbezaan gadis ayu dan gadis gedik beritahulah ya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...