RSS
Selamat Datang diucapkan! salam ukhuwah, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya

Friday, May 27, 2011

Musang VS Anak Ayam yang Comel (Episod 1)

Kisah ini bermula ketika mereka (Hidayah, Kak Suhana dan Kak Salasiah) selesai sahaja makan.

Agak rancak diorang nie berborak. Nak tahu apa isu nya.

hihihi.. diaorang sibuk bercerita musang yang sesat di tengah kota KL nih..ekekeke..
tengah kota lah sangat. Memandai je aku ni menambah cerita.

Petang sebelum pulang ke rumah aku dan hidayah terdengar sesuatu diatas bumbung pejabat.
Hidayah : iqa, ko agak agak menda apa tu?
aku     : dengan selamba cakap 'burung kot.
hidayah : taklah..tikus
aku     : erkkk??? =.=
hidayah : betul..kenapa ko ingat tikus tak naik atas bumbung ke.
aku     : ......... 'aku diamkan diri'

okay sambung pasal perbualan antara dengan dayah , kak salasiah , kak suhana.

p/s : mesti pelik kenapa nama aku tak ada..he he he.. aku diam je. Sibuk melayan SMS dari buah hati c(=

Ahaaaksss!! buah hati lah sangat. Okay balik pada cerita..

secara ringkasnya hidayah memberitahu kepada akak berdua tentang tikus atas bumbung pejabat petang itu selepas itu kak salasiah bersuara dengan menyatakan bahawa sebenarnya yang berada diatas bumbung adalah musang.

Terkejut jap..biar betul.

Hidayah tidak percaya. Apa lagi sesi perbahasan pun berlangsung ;p
bla..bla..bla..blaa....

Kak suhana membuka cerita bahawa dulu mereka pernah bela seekor musang.
tapi sekarang sudah tiada. Kak suhana beritahu susah mahu jaga yelah..siang musang tu tidur, malam apa lagi aktif lah binatang tuh. sampaikan mereka pernah kena cakar kot dengan musang tuh. ish..ish..ish...

Kak salasiah menyamakan musang tu dengan Hidayah. Nak tahu kenapa??

hihihihiihihi.. ini adalah kerana pada waktu malam dia sangat aktif. Pada pagi takpun petang..Masya Allah..mengantuk aje...

p/s : dayah, kalau ko baca nih..jangan marah-marah ya..mintak ampun! huhu

Apalagi aku mulalah mengejek dia dengan panggian 'Musang'. Hidayah sangat benggang dengan aku..lalu mengejek aku dengan panggilan 'Ayam'

siap nyanyi nyanyi lagi..kuang asam boi betul..huhuhu...

Nak tahu kenapa Hidayah berikan gelaran 'Ayam' kepadaku?

Kisah itu akan disambung pada entri akan datang.

Jeng..jeng...jeng... (^__^)v

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...