RSS
Selamat Datang diucapkan! salam ukhuwah, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya

Sunday, May 8, 2011

ღ SELAMAT HARI IBU ღ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..dan salam sejahtera kepada sahabat sekalian..


sahabat sahabat tengah buat apa sekarang??
mesti ada yang sedang berduka dan ada yang sedang bergembira dengan keluarga masing masing kan.
Wah..Seronoknya dapat meluangkan masa dengan keluarga.

hurmm sayangnya aku tak dapat balik rumah pada hari ini untuk sambutan hari ibu.
sedih sangat..


rindu sangat sangat kat mak..
rindu kat adik adik dan akak akak aku yang sengal sengal ubi tuh..
rindu juga pada anak buah..


bip..bip..


ada sms masuk. Lalu aku mencapai handphone ku untuk melihat sms daripada siapa.


"adik perempuan ku bertanya..kakteh..mana hadiah mak nyer??"


Lalu aku terus hantar sms kepada mak...






simple sahaja kiriman sms yang aku berika kepada ibu ku ツ
 
adik perempuan ku membalas mewakili ibuku

 
ini sms kiriman aku kepada ibu ku


ibu ku membalas.
Kejam kan aku..hanya sms sahaja mak..Ya Allah..sesungguhnya tidak mampu untuk aku menelefon mak, bercakap dengan mak, air mata aku akan terus mengalir tanpa henti henti.


hati terasa sangat hiba, nak nak lagi aku hanya seorang diri di sini. Jauh dari saudara mara, jauh dari adik beradik. Banyak sangat pengalaman yang aku dapat semasa berada dalam susah mahupun senang.


Mencari rezeki untuk diri sendiri dahulu sambil sambil itu, mak dikampung tak pernah aku lupa. Bila kewangan sudah stabil,kelak bolehlah sambung belajar tanpa berhutang. Insya Allah. Ini hanya perancangan ku, segala-galanya Tuhan yang tentukan.


Ouh lupa pula, sahabat sahabat mahu tahu hadiah apa yang aku belikan untuk adik bongsu SITI AINUL ASHIKIN?


hihi..ini sekadar perkongsian sahaja..aku ini tidak lah pandai dalam bab-bab memilih hadiah. Tapi aku ini jenis suka akan buku.


Jadi, aku dari jauh cuba didik adik bongsu aku ni minat membaca. Bukan apa, bila dia banyak membaca, penggunaan bahasa (loghat terengganu) dapat dikurangkan supaya penulisan bahasa dia bagus.


Aku tak mahu dia jadi seperti aku. Bila jawab kertas penulisan mula terpinga pinga. Sehingga sekarang aku masih keliru dalam penggunaan huruf 'G .


Uhukk... keliru sesuatu perkataan itu perlu letak satu 'g' atau tidak perlu letak 'g'


Buku-buku yang aku selalu belikan untuk dia pun tidak lah mengarut-ngarut sangat. Semuanya cerita kanak-kanak atau cerita remaja. Sesuailah kot dengan umur dia sekarang.


ini dia hadiah yang aku belikan... taraaaaa!







buku-buku ini dibeli semasa Pesta Buku di PWTC baru baru ini. Aku tidak pergi beli sendiri kerana ketika itu aku pergi Putrajaya tetapi aku meminta bantuan sahabat aku yang belikan.


Terima kasih kepada sahabat yang tolong belikan buku-buku tersebut.


ok mari kita lihat apa yang ada didalam kotak-kotak itu..

jeng..jeng..jeng..

buku-buku yang terkandung didalam kotak THE WANNABABES

Buku-buku yang terkandung di dalam kotak SET LIMITED EDITION

Ini pula hadiah cabutan bertuah.. kata sahabat aku..

Mesti seronok adik perempuan aku tu bila dapat ni. Tak sabar nak post kepada beliau. Nak nak lagi adik perempuan aku tu sukan warna pink. sangat TAKSUB dengan warna PINK


Hadiah untuk adik aku sudah ada. Bagaimana pula dengan hadiah untuk ibu ku ya??
Adehh.. nak beri apa ni..


31 MEI 2011 ni hari lahir beliau.. aku masih buntu.. buntu mahu beli hadiah apa..
ok lah.. nanti kita sama sama nanti kan hadiah apa yang aku  belikan untuk bonda tersayang

tata.. (◕‿◕)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...