RSS
Selamat Datang diucapkan! salam ukhuwah, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya

Sunday, May 15, 2011

❤ ღ aku dan dia ღ ❤

Adakah berbaloi kita merindui seseorang itu?

Adakah berbaloi kita korbankan segalanya kepada seseorang itu?

Aku Terdiam seketika...

Hari demi hari hati aku selalu memikirkan dirinya. Semakin hari, semakin rindu.
Banyak perkara aku fikirkan tentang aku dan dia. Memikirkan sesuatu yang tidak mungkin akan berlaku. Kisah aku dan dia terlalu rumit untuk dibicarakan. Aku sendiri juga bingung memikirkannya.

Walaubagaimanapun aku cukpup gembira apabila dia berada disisi aku. Rasa syukur kepada-Nya atas kebahagian yang diberikan kepadaku. Sesungguhnya tidak pernah aku rasa bahagia seperti ini.

Dia selalu ada disisi ketika aku sedang gelisah, muram atau pun ketika aku sedang menghadapi masalah. Memberikan aku senyuman yang sangat bermakna tidak kira masa walaupun kita aku dan dia sedang bermasalah.

Terima kasih temanku. Aku hargai segala perngorbanan dan jasa baik mu. Selain keluargaku, engkau merupakan sahabat yang sangat dekat dengan aku.

Andai kita tidak ada jodoh yang panjang, aku akur dan rela atas pemergian mu walaupun ianya amat perit sekali. 

Semoga kita sama sama tabah menghadapi segala dugaan dan cubaan dalam hidup.

Aku akan tetap berada disampingmu. Berusaha membantu ketika mana kamu menghadapi masalah serta memberikan keceriaan dalam hidup. Insya Allah..

Aku ni bukan jiwang orangnyer tetapi entahlah.. ini semua sekadar luahan kisah hidup ku.
Aku kongsikan kepada semua apa yang aku rasa, apa yang aku alami, apa yang aku hadapi.

Disini aku sertakan sebuah lagu..khas buatnya. Andai kamu tidak suka akan lagu ini tidak mengapa.

Klik untuk mendengar. Untuk mendengar lagu di bawah ini dengan jelas. Korunk perlu klik button stop pada lagu blog aku @✿ Halwa Telinga ✿ dah klik stop kat situ baru klik play lagu kat bawah ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...