RSS
Selamat Datang diucapkan! salam ukhuwah, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya

Saturday, January 9, 2010

.::MALU::.


" Bahawasanya sesetengah yang didapati manusia dari perkataan Nabi yang terdahulu ialah apabila engkau tidak malu maka kerjakanlah apa yang engkau dikehendaki."
( H.R Bukhari )


Sahabat sekalian...
Malu ialah perasaan yang mendesak seseorang supaya menghindari segala perbuatan yg keji dan melaksanakan yg terpuji. Sumber dari malu ni adalah dari hati, atas jiwa yang sedar bahawa segala gerak gerinya diperhatikan oleh Allah.

Disini sy ingin kongsi sedikit cerita mengenai malu..
Pada zaman dahulu, pernah Umar bin Khattab r.a. memerintahkan supaya tak ada seorang pun dibenarkan merendahkan mutu susu dengan mencampurkan air kedalamnya. Pada suatu hari, ketika beliau meronda pada tengah malam untuk melihat keadaan rakyat jelata, beliau terdengar seorang perempuan menyuruh anak perempuannya mencampurkan air kedalam susu sebelum tiba waktu siang. Anak itu enggan berbuat demikian lalu mgingatkan ibunya perihal perintah Umar bin Khattab r.a. Ibunya marah lalu menjawab bahawa Khalifah tak datang dan tak perlu malu kerana beliau tak mengetahuinya, anak itu menjawab bahawa Allah Mengtahui walaupun Khalifah tak mengetahui.

Disini kita lihat bahawa orang yang malu kepada Allah bersigat Taqwa di mana saja berada. Tetapi orang yang malu kepada manusia, adalah kerana manusia. Hilangnya malu jikalau tak ada manusia. Adakalanya pula, dia tak malu lagi kepada manusia dengan kelakuannya yang durjana atau yang menjolok mata apabila dipandang manusia terhadap dirinya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...