RSS
Selamat Datang diucapkan! salam ukhuwah, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya

Tuesday, February 22, 2011

⊹ Hargailah ⊹

::. Ini sekadar perkongsian buat semua .::


Ketahuilah teman temanku, bahawa orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan mengapa dia mencintai kamu. Dihati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

Kadang kala dia tidak peduli walaupun kamu sudah pun memiliki teman istimewa atau kekasih. Yang penting baginya adalah kamu sentiasa gembira dan bahagia dan kamu akan tetap menjadi impiannya.

Terdapat beberapa ciri-ciri orang yang sedang dilamun cinta! iaitu :

  • Menerima kamu seadanya. Di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasakan bahawa kamu tidak lah cantik seperti wanita wanita di luar sana.
  • Selalu ingin mengetahui apa sahaja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dan apakah kegiatan kamu pada hari tersebut.
  • Si dia akan mengirimkan sms seperti 'Selamat Pagi', 'Selamat Tidur', 'Take Care', dan lain-lain lagi. Walaupun kamu tidak membalas sms nya, dia akan tetap tersenyum kerana dengan kiriman sms itulah dia menyatakan cinta dan rindunya kepada kamu. Dengan menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu” atau " aku RINDU padamu, tapi berselindung ayat selain kata cinta dan rindu itu.
  • Selalu mengingati setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan pada saat itu, matanya pasti berkaca. Kerana saat bersamamu itu tidak mungkin akan berulang.
  • Selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa bahawa kamu pernah mengungkapkannya.
  • Si dia juga akan cuba cari apakah kesukaan/ kegemaran kamu. Dari segi warna, makanan, minuman, muzik atau macam macam lagilah.
  • Pada kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu. Kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  • Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  • Memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  • Dia juga akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  • Selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  • Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati’?
  • Si dia akan bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  • Kadang kala akan melakukan hal-hal yang diluar jangkaan seperti menelefon kamu berkali kali dalam masa sehari atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  • Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  • Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi harta yang berharga buatnya.
  • Jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  • Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan kepada dia, dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
  • Dia juga tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan atas keputusan yang dibuat, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Disaat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...