RSS
Selamat Datang diucapkan! salam ukhuwah, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya

Monday, February 21, 2011

⊹ Mega Seminar Jana Wang dengan Menulis ⊹

Assalamualaikum semua,

Baru-baru ini aku agak sibuk sedikit membuat persediaan bagi progam Mega Seminar Jana Wang dengan Menulis.

Alhamdulillah, program tersebut sudah selamat dilaksanakan pada 19 Februari 2011.

Tahniah buat semua sahabat yang bertungkus lumus bagi menjayakan program tersebut.





Terima kasih buat semua staff FN Education Group kerana banyak membantu saya serta sama sama tolong menolong di dalam membuat persiapan bagi Mega Seminar Jana Wang dengan Menulis.

Lega rasanya apabila melihat wajah-wajah ceria para peserta yang hadir pada program tersebut.

Di sini saya kepilkan beberapa keping foto buat tatapan semua. Foto dari meja pendaftaran hinggalah ke ahkir program










Ahli panel ^^,


Tuan Ikram Wazir ( Pengerusi Majlis )

Tuan Fauzul Naim Ishak yang memperkenalkan ciri-ciri penulis bestseller
dengan kaedah Re-Code Penulis Super

Tuan Fauzul mendedahkan buat pertama kali bagaimana para penulis menduduki tangga jualan tertinggi berdasarkan rahsia kerja mereka. Corak dan budaya kerja mereka yang selama ini dianggap rahsia dan misteri dibongkarkan dan mengejutkan para peserta. Malah ia dilihat praktikal dan dapat dilakukan meskipun baru pertama kali dalam dunia penulisan. Ia bersesuaian dengan formula merancang kejayaan buku


Tuan Zamri Mohamad pula membentangkan mengenai
cara menjana idea dan kreativiti penulisan
Penulis prolifik yang menghasilkan 21 buah, Tuan Zamri Mohamad pula membentangkan mengenai cara menjana idea dan kreativiti penulisan. Antara yang disampaikan dan kesimpulan daripada program yang mendapat sambutan luar biasa ini ialah:
  • Seni membina hubungan dengan penulis baru. Menggunakan seni kad dan hubung.
  • Teknik menentukan sama ada berbaloi menulis buku berdasarkan judul yang dipilih atau tidak.
  • Berdasarkan kaedah kreativiti penyelesaian masalah.
  • Memilih pendorong yang dapat memberi booster kepada penghasilan karya seperti mana pendorong Stephen King, Christopher Paulini, Dan Brown, Dr Jeniri Amir dan Dr Zubaidi.
  • Teknik merekodkan idea secara cepat dan dimasukkan dalam bank idea.
  • Teknik bekerja secara pengarang bersama berdasarkan projek buku.
  • Pengurusan masa berdasarkan jenis buku yang ditulis. Didedahkan bagaimana ada buku setebal 300 halaman siap ditulis dalam tempoh sepuluh hari.
Puan Ain Maisarah 
Tuan Syaizul Amal (Pengurus Puan Ain Maisarah)

Dalam sesi yang ditunggu-tunggu ramai, novelis nombor satu Malaysia, Puan Ain Maisarah bersama Tuan Syaizul Amal menekankan pentingnya penguasaan ‘rancangan perniagaan’ bagi membina kerjaya penulisan. Mereka juga mengetengahkan bagaimana menggerakkan pelan lima tahun bagi menjana pendapatan RM 1 juta melalui penulisan.



Seramai 120 penulis diberi pendedahan dan laporan terkini perkembangan  dunia buku tempatan. Inilah kali pertama Akademi Penulis menghimpunkan para penulis seluruh negara di satu tempat di

Mega Seminar Jana Wang dengan Menulis




Program akan datang anjuran Akademi Penulis dan FN Education Group adalah seperti berikut:

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...