RSS
Selamat Datang diucapkan! salam ukhuwah, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya

Sunday, May 8, 2011

⊹ HATI-HATI ⊹

Kenangan yang sangat tak akan aku lupa, sesampai sahaja dirumah aku baru teringat
'adehh..mangga pada pintu sudah ditukar, aku pula tak ada kuncinya'

Apa lagi terus aku sms kepada rakan serumahku bertanyakan kedudukan beliau sekarang.

Tup tup sekali dia ada di pejabat..hurmm.. terpaksalah aku patah balik semula ke pejabat. Kebetulan pejabat rakan serumah ku hanya bersebelahan  dengan pejabat kuh.

Aku pandang kiri dan kanan. Ya Allah, gelap sungguh malam ini.. aku pula jenis kurang nampak pada waktu malam terpaksa berjalan dengan penuh berhati-hati. Badan pula penat, langkahku semakin lama semakin perlahan.

Tiba-tiba, prap!

Aduh..kaki aku terseliuh, mungkin terpijak kayu atau ranting semasa aku berjalan diatas rumput.

Terasa sangat sakit, tetapi aku cuba bertahan. berjalan seperti tidak apa-apa yang berlaku.

Hati aku merintih..Ya Allah, kuatkanlah semangat aku, hamba mohon perlindungan daripada mu Ya Allah..

Tiba tiba aku terpandang satu cahaya yang sangat cantik. Ya Allah, cantik sungguh bintang dan bulan pada malam ini. Ia seakan akan mengiringi aku pulang kerumah.

Ya Allah, Ya Tuhanku..terima kasih. Cahaya bulan dan bintang ini sudah cukup membuatkan hati aku kembali tenang dan aku terus melangkah pulang kerumah.

Seumur hidup kau, tidak pernah keluar malam seorang diri. Maklumlah..penglihatan aku kurang jelas pada waktu malam. Kalau keluar malam pun mesti berteman. Samaada keluar dengan keluarga ataupun dengan kawan.

Ini kali pertama, Alhamdulillah, Aku selamat sampai dirumah.

2 comments:

aiEz said...

suka perhatikan bulan dan bintang waktu malam..tambah lagi kalau malam lepas hujan..langit cerah dirasakan..^^

atiQah rahman said...

yup..kalau selepas hujan..sangat sangat cantik..
kalau hujan pada waktu petang pula, suka lihat pelangi yang bakal muncul selepas itu..
cantik..cantik.cantik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...